". PEARLKID: Sakit kuning atau Jaundice di kalangan kanak kanak

Search the web

Thursday, June 10, 2010

Sakit kuning atau Jaundice di kalangan kanak kanak

Apa itu sakit kuning atau juga di kenali sebagai "jaundice" yang sering berlaku di kalangan kanak kanak yang baru lahir?. Sering kali saya ke temui setiap kanak kanak yang baru lahir akan mengalami masalah kekuningan.Perkara ini juga tidak terlepas berlaku ke atas anak saya semasa lahir. Gambar di sebelah menunjukkan cara rawatan yang di beri oleh pihak medik apabila paras kuning dalam bayi meningkat. Ia di kenali sebagai rawatan dibawah sinaran ultra ungu. Gejala ini sebenarnya bukan baru.Hampir sebilangan besar kelahiran bayi mengalami jaundice dan selalunya ianya tidak berlarutan dan merbahaya. Jika dahulu ibubapa kita sering menjemur bayi di bawah sinaran matahari di waktu pagi untuk mengurangkan kuning di badan bayi. Kekuningan pada kulit ialah pigmen kuning yang berasal dari bilirubin.
Sakit kuning atau jaundice ini berkaitan dengan fungsi hati. Sel darah merah didalam badan mempunyai tempoh hayat normal selama 120 hari. Apabila sampai tempoh Hati akan berfungsi untuk menyahkan sel pecahan sel mati tersebut dari badan melalui proses perkumuhan. Apabila proses Hati terganggu bilangan bilirubin yang berlebihan mengakibatkan jaundice. Jadi kesimpulannya ianya berkaitan dengan fungsi hati.
Bagi kanak kanak yang baru lahir proses perkumuhan adalah melalui ibu semasa didalam perut.
Bilangan proses pembuangan bilirubin yang kurang boleh mengakibatkan penyakit kekuningan.

Satu cara yang sering di perkatakan oleh orang orang tua ialah dengan memberikan susu ambing kepada bayi
yang mengalami masalah kekuningan.Susu kambing dapat membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan . ini membantu proses penghadaman.  Bilirubin dinyahkan melalui intestine. yang mana bersangkut paut dengan proses penghadaman.
Di alaf baru ini terdapat pelbagai jenama pil susu kambing yang di jual. Ibu yag mengandung atau menyusukan anak boleh mengamalkan memakan pil susu kambing.Banyak lagi kebaikan yang terdapat dari susu kambing
selain dapat mencantikkan dan menghaluskan kulit,dapat juga meringankan penyakit lain seperti asma,batuk, bronkis,cirit birit,muntah-muntah,sinus,ulser dan sebagainya. Lagi mengenai khasiat susu kambing link
( GoatMilk)
Jika bayi anda tidak mahu menyusu susukambing amalkan meminumnya ole ibu yang menyusukan. Khasiat susu kambing dapat dipindahkan melalui susu ibu.
Jika anak anda mengalami masalah Kekuingan ambil langkah langkah penjagaan sepatutnya.Jangan di biarkan sehinggan tahap bahagian putih mata menjadi kuning.

Article ini juga menarik dari link Mybengkung untuk lebih lanjut mengenai sakit kuning.